Total Pageviews

Monday, 25 April 2016

BAB 3:SKALA DAN JARAK.

BAB 3: SKALA DAN JARAK





Pengenalan 

-Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
-Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta. (Lihat rajah di sebelah)
-Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu skala lurus, skala penyata, dan pecahan wakilan.

Mengukur Jarak Di Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus 

Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya dalam satu garisan lurus. Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat.

Contoh Skala Lurus




Cara Mengukur Jarak Lurus
Jarak lurus boleh diukur dengan menggunakan jangka tolok, pembaris dan jalur kertas.
Cara Mengukur Jarak Lurus Dengan Menggunakan Jangka Tolok.



Cara Pertama : Jangka Tolok


Cara kedua : Guna Jalur kertas


Cara Mengukur Jarak Melengkung
Jarak melengkung boleh diukur dengan menggunakan tepi kertas atau sejalur benang.

Cara Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Jalur Kertas


Cara Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Benang.



Menukar Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar



-Jarak di antara dua tempat di atas peta dapat diukur dengan menggunakan pembaris. Unit pembaris yang biasanya digunakan ialah sentimeter (cm). Untuk menukarkan jarak di atas peta kepada jarak sebenar, skala lurus digunakan.

Langkah-langkah :
1. Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi.
2. Kemudian membaca nombor pada sekolah.
3. Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.
4. Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan pembaris pada skala lurus di bawah peta. Berdasarkan skala lurus itu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah ialah 4.5 km.
5. Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.






Jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah menjadi 9 km.
Jarak sebenar di atas bumi ditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh sebuah peta.



Monday, 4 April 2016

BAB2:ARAH.

Menyatakan Bearing Sudutan.


Bearing  merujuk kepada arah sesuatu objek atau tempat dari titik rujukkan dalam nilai (°).Ukuran sudut bearing dikira mengikut arah pusingan jam dari utara (0°)dengan mengguanakan jangka sudut.Ukuran sudut bearing ini dikenali sebagai bearing sudutan.

CONTOH:

                 
           
KATA KUNCI

BEARING SUDUTAN:Bearing sudutan ialah bearing yang diukur dari arah utara mengikut pusingan jam.
TITIK RUJUKAN:Objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan arah objek atau tempat lain.




MENGUKUR BEARING SUDUTAN.

Mengukur Bearing Sudutan Yang Kurang Daripada 180˚.

1. Untuk mengukur bearing sudutan B dari titik A,ikut        langkah-lankah yang berikut.


Langkah1
    
Langkah2
-Lukis satu garisan lurus utara –selatan di titik rujukan A.

Langkah3
-Letakkan jangka sudut tepat di garisan utara-selatan.pastikan titik tengah jangka sudut bertindih dengan titik A.

Langkah4

-Ukur sudut mengikut arah pusingan jam.Bacaan pada jangka sudut ialah 153˚.Oleh itu,bearing sudutan Bdari titik ialah 153˚.


LANGKAH5
-Dari garisan utara-selatan,ukur sudut XYS,iaitu sudut yang ditandakan Z.Sudut Z ialah 30°.
LANGKAH6
-Untuk memperoleh bearing sudutan X dari titik Y,campurkan 180° dengan 30° iaitu:

=180°+30°=210°.